Zaman aku dulu, klau aku dapat A ke lam papa subjek, paling koman aku dapat hanya pujian bagus oleh cikgu aku sambil die layang-layangkan kertas exam aku tu kat depan kelas ala ala minachi yang selalu layang-layangkan kertas keputusan nombor ekor kat simpang jalan raya tu.. itu pun aku dah rasa hidung aku kembang kembang ala ala kembang cam lebihan biskut meri yang termendap di dasar cawan air teh, kerana terlalu lembik untuk diselamatkan....
tapi kauuu, budak2 zaman generasi-tak-boleh-jentik-telinga-dan-denda-kalau-tidak-kena-chop-cikgu-dera-murid ni, diorang ni memang bertuah, dahla asyik kena suaaaappppppp je suma benda, aku kena motivate diorang dengan memberi hadiah baru diorang teruja nak buat dengan betul dan bersungguh.....dasar matawang betul...
tapi takpe, disebabkan aku ni lagi dasar matawang,so aku maafkan perangai manja anak anak murid aku ni...lagipun....aku tak la berkira langsung pun nak beli hadiah kat bebudak ni sebab boleh aku niat bayar zakat, kot-kotlah aku ada terkurang dalam mengajar takpun terkurang waktu mengajar sebab aku terlebeh masa mengejar gosip-gosip hangat kat kantin sekolah eh) <---- (ayat ni boleh diguna 'Miss Engineer', yang tak puas hati dengan cikgu tuuu..heh..)
Keje cikgu memang relax.....untuk zaman tahun 80 an dan 90 an dulula.... tapi kalau zaman sekarang ada orang nak bangkitkan isu kerjaya seorang guru ni mudah dan santai, maka orang tersebut layak disula dengan straw dan direjam dengan buku teks pendidikan sivik tahun 5 sampai lunyai...